armi's annivesary

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sabtu, 22 Disember 2012

Praktikum Kaunseling - Pusat Bantuan Guaman UUM



Pusat Bantuan Guaman (PBG) UUM telah ditubuhkan pada bulan Oktober 2009. Ini adalah berdasarkan cadangan Yang Berbahagia Tan Sri Abdul Ghani Patail yang merupakan Peguam Negara Malaysia yang menyeru agar semua IPTA dan IPTS mempunyai Program Undang-Undang menubuhkan Pusat Bantuan Guaman. Tujuan penubuhan Pusat Bantuan Guaman UUM adalah membuka ruang kepada masyarakat setempat mendapat nasihat guaman terutama kepada golongan yang tidak berkemampuan yang mempunyai masalah guaman.
Pusat Bantuan Guaman UUM menawarkan khidmat nasihat perundangan dalam semua bidang seperti :
  • -       Hal kekeluargaan (perkahwinan, penceraian, penjagaan anak-anak)

  • -       Hal-hal tanah (jual beli tanah)

  • -       Hal berhubung dengan kontrak (kontrak jual beli, kontrak sewa beli, kontrak pekerjaan)

  • -       Masalah kemalangan

  • -       Masalah jenayah

  • -       Gangguan seksual

  • -       Hukuman tatatertib

  • -       Pembahagian harta pusaka

  • -       Lain-lain
Alhamdulillah... bermula 11 September 2012 hingga 20 Disember 2012, saya telah menjalankan praktikum kaunseling di PBG UUM. Banyak pengalaman yang saya perolehi sepanjang berada disini. 

Bersama Prof. Madya Dr. Asmah Laili Hj. Yeon
Bersama Gee - PA Prof Asmah

TERIMA KASIH SEMUA...!!!

Sampai Jumpa lagi.....Daaaaa....!!!

Isnin, 12 November 2012

Sepi

Assalamualaikum... w.b.t

Sangat sepi keadaan hari ni... Ramai student yang balik bercuti... Tapi aku kena datang opis... ada klien.. huhuuh

 12/11/2012 - Isnin - Kerje
 13/11/2012 - Selasa - Cuti Depavali
 14/11/2012 - Rabu - Kerje
 15/11/2012 - Khamis - Cuti Awal Muharam
 16/11/2012 - Jumaat - Cuti
  17/11/2012 - Sabtu - Cuti




TERIMA KASIH SEMUA...!!!

Sampai Jumpa lagi.....Daaaaa....!!!

Sabtu, 15 September 2012

Semester 1 2012/2013 - UUM

Kembali semula dengan semangat dan azam baru. Sikit je lagi perjalanan saya di UUM. Tak sabar rasanya untuk saya menamatkan pengajian di sini.

TERIMA KASIH SEMUA...!!!

Sampai Jumpa lagi.....Daaaaa....!!!

Rabu, 14 Mac 2012

Pegawai KEMAS Daerah SEREMBAN


Assalamualaikum...

Bertemu kembali.
Agak lama juga saya menyepikan diri.. Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan iziNya, saya di beri peluang dan ruang untuk terus bernafas di atas bumi Allah ini. Terdetik hati saya untuk meneruskan minat saya dalam penulisan. Elok la saya mulakan dengan blog saya ini...

Bermula Disember 2010 hingga 16 Februari 2012, saya menjalankan tugas yang di amanahkan sebagai Pegawai KEMAS Daerah di Seremban Negeri Sembilan..

Kesempatan ini saya mengucapkan jutaan terima kasih pada pengurusan tertinggi KEMAS di atas kepercayaan yang di berikan khususnya pada rakan-rakan seperjuangan di daerah, pejabat negeri mahupun di Ibupejabat. Kerjasama semua warga KEMAS Daerah Seremban.. Penyelia Kanan, Penyelia Pelbagai Jurusan, Pemaju Masyrakat, Pembantu Pemaju Masyarakat Sukarela, Ibubapa dan tak lupa juga pengerusi-pengerusi TABIKA & TASKA KEMAS serta barisan ahlijawatankuasa yang banyak memberi kerjasama. Komitmen kalian amat saya hargai. Anda semua telah memberi peluang kepada saya untuk membina kerjaya saya untuk di masa akan datang. Banyak perkara yang saya belajar sepanjang saya bertugas sebagai PKD Seremban.

Begitu juga Pemimpin tempatan yang membri tunjuk ajar dan teguran yang membina dalam kerja buat yang di laksanakan. Agensi dan jabatan2 lain yang terlibat juga tidak di lupakan.







TERIMA KASIH SEMUA...!!!

Sampai Jumpa lagi.....Daaaaa....!!!

Jumaat, 16 Disember 2011

Salam Rindu

Assalamualaikum.... Salam Sejahtera... Salam 1 Malaysia...

Sekejap rasa masa berlalu...

Dah bulan Disember... penutup tirai Tahun 2011...

Saya hepi dengan kerja2 dan tugas2 saya sekarang...

Kerana + Engkau + Membuat + Aku + Senang = KEMAS


Sampai Jumpa lagi.....Daaaaa....!!!

Rabu, 1 Jun 2011

UlangTahun Pertama

Assalamualaikum...
Lama saya tak update blog saya ni..... kekangan kerja...
Apa2 pun saya amat bersyukur pada Ilahi dan terima kasih pada sahabat2 sekalian di atas ucapan UlangTahun Perkahwinan Pertama - ARMI..



Sampai Jumpa lagi.....Daaaaa....!!!

Selasa, 5 Oktober 2010

Open House - Hari Raya Aidilfitri

Setiap hari ada saje jamuan hari raya... terima kasih bebanyak kepada yang menjayakan jamuan hari raya...

Hujung minggu masa kami sekeluarga menghadiri jamuan hari raya..
Tak ketinggalan juga Majlis Perkahwinan...
Kami sekeluarga berbesar hati dengan jemputan kalian. Cukup menggembirakan dan hidangan yang beraneka jenis...





p/s: Saya dan suami memohon maaf kepada sahabat-sahabat yang membuat rumah terbuka yang tidak dapat kami hadiri. Tak sempat & terima kasih atas jemputan...!!!

Sampai Jumpa lagi.....Daaaaa....!!!

Bertugas di Kapit, Sarawak

Salam sejahtera semua...

Coretan kali ini, saya ingin berkongsi cerita dan pengalaman sewaktu saya ke sebuah kampung pedalaman di Sarawak. Sebenarnya, saya ke sana ada tugas.. menjadi panel temuduga untuk jawatan Pembantu Pemaju Masyarakat Gred S17.

26 September 2010

Penerbangan awal pagi... bersama panel-panel temuduga yang d tugaskan di kawasan-kawasan Sabah & Sarawak.. Pagi itu, saya bersama kumpulan panel temuduga yang di tugaskan ke Mukah, Sarawak. Rombongan ke Sabah juga pada awal pagi....

Di KLIA...



Lebih kurang 10 minit akan mendarat di Sibu,




Apabila sampai di Sibu, kami menjamu selera dulu di Rafie Cafe... Makanan di sini special. Untuk mencuba suatu makanan yang tidak terdapat di Semenanjung, saya mencuba Nasi Ayam 'Penyek' dan air minuman Teh C Special Pandan... mmmmm, memang sedap...!!!

Teh 'C' Special Pandan

Nasi Ayam Penyek


Rafie Cafe ini salah sebuah restoran yang famous.. Ramai juga selebriti yang berkunjung ke restoran ini...


Kami berpecah... ada yang ke Mukah, ke Sibu dan saya bersama bos dan kak yah ke Kapit... Untuk sampai ke Kapit, kami perlu menaiki bot ekpress.. Perjalanan mengambil masa 3 jam.. wahhhhh.... best nyer sebab melalui Sungai Rejang.

Pengalaman yang tidak boleh saya lupakan apabila saya kena berdiri dalam bot ekpress selama 2 jam.. Bot ekpress penuh.. kalau tidak kami kena naik bot keesokan harinya seawal jam 5 pagi... Oohhh tidakk...!!! Untuk menimba pengalaman, saya bersetuju untuk berdiri.. Rupa-rupanya kena booking awal juga untuk mendapatkan seat. Tiket cepat habis. Ini di sebabkan bot ekpress adalah pengangkutan utama yang di gunakan oleh penduduk yang tinggal di kawasan pedalaman seperti Kampung Song, Kapit dan Pelaga. Sempat juga saya berbual dengan seorang cikgu dlm bot tu.. Cikgu ini berasal dari Perak dan dia telah di tugaskan mengajar di Kampung Song. Saya akan dapat duduk juga apabila cikgu ni sampai di Kampung Song tapi mengambil masa 2 jam perjalanan. Adduhhhh....!!!! dari Kampung Song, saya baru lah dapat duduk. Perjalanan seterusnya mengambil masa sejam....

Tibalah kami di Jeti Kapit...

Dari Sibu jam 1.45 ptg dan kami sampai ke Kapit hampir jam 5 ptg... waahhhh, Letihhhh...!!!

Keesokan harinya, kami di bawa oleh Penyelia Kanan Perhubungan Kapit iaitu En. Ambrose Abong ak. Bugek untuk menikmati hidangan sarapan pagi. Ini merupakan kali pertama kami sampai di Kapit dan sudah tentunya kena cuba makanan special dari Kapit.

Inilah Roti Canai Goreng....

Garing... sedappp... sebelah kanan tu adalah sambal.. sekali pandang macam jem nenas... Di Semenanjung, saya tak jumpa lagi roti canai seperti ini.

Ini pula adalah kuih apam balik kapit. Hidangan minum petang

Seterusnya... Bermulalah sesi temuduga...

Calon-calon anak tempatan dari Kapit

Barisan Panel Temuduga dan urusetia

Bersama kakitangan KEMAS Kapit

Jeti Kapit

Dari Kiri: Puan Armiyati Yurnis, En Wan Yusof Wan Abdullah (Pengarah Sumber Manusia & Pentadbiran), Puan A'lauah Bt Ismail dan En. Ambrose Abong ak. Bugek


Kami sampai semula di Sibu setalah 2 malam di Kapit,

Pasar basah Sibu

Saya tertarik dengan jualan ayam ini...


29 September 2010

Kami nak balik dah....


p/s: Temuduga bagi Jawatan Pembantu Pembangunan Masyarakat Gred S17 telah berjalan serentak seluruh negeri. Syabas kepada calon-calon yang berjaya, yang tidak berjaya, JANGAN PUTUS ASA.

Sampai Jumpa lagi.....Daaaaa....!!!

Isnin, 13 September 2010

AIDILFITRI 2010

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR & BATIN

Kepada semua ahli keluarga, sahabat handai dan muslimin dan muslimat di mana anda berada...

Setiap tahun mesti ada perubahan pada setiap insan.. Begitu juga dengan diri saya...

Tahun ini, saya menyambut Aidilfitri bersama suami & anak2... Alhamdulillah...



Sampai Jumpa lagi.....Daaaaa....!!!

Rabu, 14 Julai 2010

Bermula lagi.....

Lama tak update blog....

Busy dgn kerja2 harian...

Minggu ni dah mula semester baru... mmmmm, nak habis dah pengajian aku d sini... sikit je masa lagi...

Semester yang menyeronokan...!!!!
Klien... Klien... Oh Klien....!!!
Perancangan yang rapi untuk semester ini...
Hampir ke GARISAN PENAMAT....

Sokongan padu oleh semua ahli keluarga terutamanya suami tercinta & sahabat-handai...
Kerjasama dari rakan seperjuangan.... classmate....
Tunjuk ajar dari sifu menjadi pedoman...

Sampai Jumpa lagi.....Daaaaa....!!!

Catatan Popular