armi's annivesary

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sabtu, 12 Jun 2010

Penerimaan Vs Pandangan

Pertama kali elok la R ucapkan jutaan terima kasih pada semua rakan-rakan FB... Macam2 komen dan pandangan kalian...!!!

Memang betul... manusia normal ni mempunyai macam2 perangai dan karenah...
Ada orang :
  • suka berdiam diri (apa sahaja yang berlaku, dia lebih suka diam je.. buat apa yang patut dia buat... tak peduli keliling pun....!!!)
  • nampak luaran baik je... senyum... rupa2nya dialah.....???
  • suka sangat maki hamun orang... bila ada je yg tak kena... suka nak maki2 orang... rasa diri bagus... bukan tu je... kira bangga diri bila dapat maki orang...
  • kelam kabut.... kita yang tengok pun rimas...!!! bila kelam kabut... lupa banyak perkara...!!!
  • suka sangat kata orang... ahahahaa... ni bahaya, tak mahu mengaku kesilapan sendiri... segala2nya orang lain penyebab dan punca... orang mcm ni, senang2 terjun lombong je la...hahahhahha...
  • smart & steady... orang jenis ni, dia relax je apa yang berlaku... tak melatah pun... kita tgk pun rasa senang hati... kena hentam, kena terjah... steady je... hanya tersenyum je..Wahhh... mcm tak ada perasaan kan... tapi orang ni cukup menyenangkan... Sikap yang dikehendaki oleh Allah... Cakap la apa sahaja... dia tetap sabar dan tenang... Wahhhh kagum la
  • suka tambah perisa... hehehhe... orang ni bahaya tau.. suka create sesuatu utk sedapkan sesuatu berita yang dia dapat... bukan tu je... sanggup mengubah identiti diri untuk menunjukkan pada orang yang dia...mmmmmm.... 'best'... hahaha... cukup memalukan.. walhal orang luar kenal diri dia siapa sebenarnya... contoh la... tugas sebagai kerani je tapi tulis pegawai eksekutipppp.... hehehe...
  • tak boleh tengok orang lain lebih.... busuk hati betul...!!! kalau orang lain dapat sedikit pujian ke, penghargaan ke, beli brg baru ke... atau apa2 je lah... dia yang tak duduk diam.. kira nak belumba2 la ni.. orang mcm ni kita kata DO THE BEST
  • cepat buat andaian... orang jenis ni lama2 boleh sakit jiwa tau... bukan apa... duduk tak duduk, pikir yg bukan2... walhal tak ada pun berlaku... bertindak pelik2 yg membahayakan diri... nak mati jgn nak nyusahkan orang... hihihi (bahasa kasar la kan)... orang mcm ni sanggup buat apa sahaja yang penting dia puashati tapi dia tak sedar yang dia tu tengah 'sakit'.. petanda awal sakit jiwa dan mental...
  • tak boleh terima hakikat... kita ni kena belajar menerima hakikat dan redha dengan apa yang berlaku... kita dah jaga dan buat sesuatu dengan baik... bila tak berjaya jugak... maksudnya.. ada hikmah disebaliknya dan Allah akan bagi ganjaran yang lebih baik dengan apa yang kita buat.... kena sabar la.. relax beb.... Kita merancang, Allah yang menetukan..!!!
  • guna strategi dan analogi : Orang jenis ni boleh di kategorikan dalam kumpulan smart & steady jugak la.... macam2 strategi akan di gunakan... bunyi mcm nak berperang je... hihihi bagus jugak kan... berkesan.. Syabas la... tapi ada jugak strategi tak berjaya... tapi tak berputus asa... guna plan A, B, C dan semua plan yang di atur... matlamat akan tercapai punyerrrr...!!!
  • cakap tak serupa bikin... kata tak suka tapi buat gak... lebih kurang mcm tu la... payah orang mcm ni...
  • ..........???????????????
Sebenarnya terlalu banyak... manusia ni pelbagai perangai dan karenah... apa yang di senaraikan tu hanya sikit je... di luar sana banyak sangattttt dan kadang tu tak faham pun dan sukar nak faham....!!!

Teknologi yang canggih ni... kita jangan ketinggalan la... tak tahu belajar... Teringat kata2 Prof Mahzan (Psikologi Sosial) dalam kuliah... zaman sekarang ni, manusia perlukan:
  • wang
  • kereta
  • handphone
  • laptop & internet
  • rumah
Setiap item tu... ada alasan tersendiri dan setiap orang akan bagi pandangan yang berbeza mengikut kehendak & keperluan masing2...!!!

Penerimaan & Pandangan setiap orang juga berbeza... Masing2 akan bagi alasan masing2 la... mengikut beberapa kategori individu tersebut:
  • Nilai
  • Latarbelakang keluarga
  • Budaya & Agama
  • Fahaman
  • Pengalaman
  • Pengetahuan (Bidang ilmu - kepakaran)
  • Didikan
  • ................?????
Sama2 kita renungkan... siapa kita dan apa yang kita mahukan dalam hidup kita ni..!!! Selagi sihat dan waras ni... elok la kita sentiasa muhasabah diri.... Insya'Allah... hidup akan lebih bererti..!!! Amin

Sampai Jumpa lagi.....Daaaaa....!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular