armi's annivesary

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sabtu, 12 Jun 2010

Salah Asuhan...???

Hari ini saya meminjam judul novel karyawan agong dari Indonesia, bapak HAMKA untuk wacana pemikiran kita bersama.


"makan beradat......???"


Kes Mahathir Mohamad dari Acheh.

Anak dari Acheh seusia 9 tahun di suap makan....???

Dalam kelas, kami di beri gambar ini dan diajukan soalan dan meminta pandangan kami mengenai gambar di atas. Pelbagai jawapan yang di berikan oleh sebahagian 93 orang pelajar yang ada.

  • Prihatin
  • Simpati
  • Sifat Penyayang
  • Publisiti
  • Gah politik
  • macam-macam lagi..... ada 33 jawapan semuanya

Semua jawapan tidak ada yang TIDAK BETUL.... bertitik tolak dari pandangan, persepsi dan nilai oleh kami yang mejawab.

Mari sama-sama kita menyoal....???

  • pada usia 9 tahun.... sekali pun kita amat simpati, amat menyayangi dan berbagai 'amat' lagi.... wajarkah Mahathir disuap...???
  • Amalan ini tidakkah "reverse" kepada apa telah lama Mahathir sendiri lakukan di negaranya atas didikan ibubapanya....???
  • "independance" yang dah lama di pupuk dan di tingkat mahukah di kembalikan semula agar Mahathir terus "bergantung", setelah sekian lama dia melepasi batas kebergantungan itu....???

Kekadang terlalu ghairah dengan rasa simpati, rasa tersentuh, kita sudah tersalah asuh.

Displin kita pastinya memandu untuk kita tidak terbabas atau terbabas jauh.

Dalam rutin kehidupan kerana diulik keghairahan rasa... rasa simpati, rasa tersentuh kadang-kadang kita terbabas dan tersalah asuh.

Cuba anda cari seberapa banyak contoh hidup amalan salah asuhan yang sering terjadi dalam pelbagai peringkat...

Suatu perbincangan.....

Baru-baru ni, saya berkesempatan bertemubual dengan sekumpulan remaja "devian". Dalam tempoh masa 2 jam, seramai 7 orang remaja ini mendedahkan pelbagai isu yang mereka depani.....

  • lari dari rumah
  • mencuri
  • mengikut teman lelaki
  • lari dari "kongkongan" ibubapa
  • cari kebebasan
  • malas ke sekolah
  • masuk pintu depan, keluar pintu belakang......
  • terpenjara jasad dan minda
  • mengejar keseronokan
  • tekanan belajar
  • lari dari kesunyian
  • ............................???

Tanpa menunding jari pada sesiapa atau mengamal "bangau oh bangau".... mari kita renungkan.....

Mengapa gejala ini terbentuk....???


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular