armi's annivesary

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Rabu, 14 Mac 2012

Pegawai KEMAS Daerah SEREMBAN


Assalamualaikum...

Bertemu kembali.
Agak lama juga saya menyepikan diri.. Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan iziNya, saya di beri peluang dan ruang untuk terus bernafas di atas bumi Allah ini. Terdetik hati saya untuk meneruskan minat saya dalam penulisan. Elok la saya mulakan dengan blog saya ini...

Bermula Disember 2010 hingga 16 Februari 2012, saya menjalankan tugas yang di amanahkan sebagai Pegawai KEMAS Daerah di Seremban Negeri Sembilan..

Kesempatan ini saya mengucapkan jutaan terima kasih pada pengurusan tertinggi KEMAS di atas kepercayaan yang di berikan khususnya pada rakan-rakan seperjuangan di daerah, pejabat negeri mahupun di Ibupejabat. Kerjasama semua warga KEMAS Daerah Seremban.. Penyelia Kanan, Penyelia Pelbagai Jurusan, Pemaju Masyrakat, Pembantu Pemaju Masyarakat Sukarela, Ibubapa dan tak lupa juga pengerusi-pengerusi TABIKA & TASKA KEMAS serta barisan ahlijawatankuasa yang banyak memberi kerjasama. Komitmen kalian amat saya hargai. Anda semua telah memberi peluang kepada saya untuk membina kerjaya saya untuk di masa akan datang. Banyak perkara yang saya belajar sepanjang saya bertugas sebagai PKD Seremban.

Begitu juga Pemimpin tempatan yang membri tunjuk ajar dan teguran yang membina dalam kerja buat yang di laksanakan. Agensi dan jabatan2 lain yang terlibat juga tidak di lupakan.







TERIMA KASIH SEMUA...!!!

Sampai Jumpa lagi.....Daaaaa....!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular