armi's annivesary

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sabtu, 22 Disember 2012

Praktikum Kaunseling - Pusat Bantuan Guaman UUM



Pusat Bantuan Guaman (PBG) UUM telah ditubuhkan pada bulan Oktober 2009. Ini adalah berdasarkan cadangan Yang Berbahagia Tan Sri Abdul Ghani Patail yang merupakan Peguam Negara Malaysia yang menyeru agar semua IPTA dan IPTS mempunyai Program Undang-Undang menubuhkan Pusat Bantuan Guaman. Tujuan penubuhan Pusat Bantuan Guaman UUM adalah membuka ruang kepada masyarakat setempat mendapat nasihat guaman terutama kepada golongan yang tidak berkemampuan yang mempunyai masalah guaman.
Pusat Bantuan Guaman UUM menawarkan khidmat nasihat perundangan dalam semua bidang seperti :
  • -       Hal kekeluargaan (perkahwinan, penceraian, penjagaan anak-anak)

  • -       Hal-hal tanah (jual beli tanah)

  • -       Hal berhubung dengan kontrak (kontrak jual beli, kontrak sewa beli, kontrak pekerjaan)

  • -       Masalah kemalangan

  • -       Masalah jenayah

  • -       Gangguan seksual

  • -       Hukuman tatatertib

  • -       Pembahagian harta pusaka

  • -       Lain-lain
Alhamdulillah... bermula 11 September 2012 hingga 20 Disember 2012, saya telah menjalankan praktikum kaunseling di PBG UUM. Banyak pengalaman yang saya perolehi sepanjang berada disini. 

Bersama Prof. Madya Dr. Asmah Laili Hj. Yeon
Bersama Gee - PA Prof Asmah

TERIMA KASIH SEMUA...!!!

Sampai Jumpa lagi.....Daaaaa....!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular