armi's annivesary

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sabtu, 12 Jun 2010

PAPA OH PAPA

Genap 40 hari papa meninggalkan kami......


R bangga dengan papa..........

Arwah papa R seorang yang pendiam dan lebih suka buat hal dia sendiri....... Sejak R kecil lagi papa tidak pernah nak marah R atau adik-adik R yang lain...... apa sahaja yang kita cakap, respond papa adalah 'senyum'.....
Sepanjang hayat papa, hanya sekali papa di masukkan di hospital..... Pertama dan terakhir.... Papa sakit genap 30 hari.....


Syukur kepada yang Maha Kuasa....... selama papa sakit.... isteri dan anak-anak sentiasa bersama papa..... Weni (dari Sabah balik Kedah dan sempat menjaga papa selama 9 hari di hospital)...... Nendi bersama isteri dan anak-anak dari Melaka bersama jugak......... Ibu, R dan Yandi (sentiasa bersama selama papa sakit).............. Sudah di tentukan, papa pergi buat selama-lamanya dan di kebumikan di tanah Jitra, Kedah.............




R bersyukur kepada Allah kerana R dapat bersama papa ketika papa menembuskan nafas terakhir..... Sebenarnya R, ibu dan Yandi (di samping papa ketika itu) tidak sedar papa sudah menyahut panggilan Ilahi.... kami ingatkan papa tidur........

Hari Sabtu (30 Ogos 2008).... jam 2 pagi R tiba dari Kuala Lumpur kerana R ada kerja sikit kat KL... Sampai di rumah, belum letak beg... R jumpa papa.... cium tangan papa dan kata "pa, R dah balik..." Papa angguk kepala dan papa berkata sesuatu tapi R tak faham.... Awal pagi tu, R tak boleh tido dan R pun siapkan assignment yang nak kena hantar..... Kejap, kejap.... papa panggil ibu.... Ibu pulak tido dan letih sangat.... !!!! Jadi, R ganti tugas ibu menjaga papa awal pagi tu.... bagi papa minum air.... gosokkan kaki papa.... Hingga papa lena.... Lebih kurang jam 10 pagi, R minta yandi tolong angkat papa ke bilik air.... R nak mandikan papa....! (ibu kata, semalam hari Jumaat tengah hari... papa kata dia nak mandi dan nak sembahyang)..... Kebetulan hujan.... Mungkin dah suratan Ilahi.... anak yang sorang ni akan mandi kan papa..... Ye.... R mandikan papa.... R gosokkan badan papa dengan sabun.... R cuci muka papa dengan pencuci muka yang R gunakan setiap hari..... R shampoo kepala papa..... tiba-tiba masa mandi, papa muntah.... R pun cepat-cepat siapkan papa dan letak papa di atas kerusi roda semula.... Sementara R bedak kan papa dan gosok kaki papa dengan minyak.... Yandi cukur misai papa..... R kata "Yandi, papa bersih..... Pa, papa nampak hansome la..." Papa angguk je....

Sebelum ke kelas, R dan Yandi duduk kan papa di atas sofa dan R kata lagi.... "Pa, R nak g kelas... Papa nampak bersih la dah mandi, misai pun dah cukur... bersihkan bu..!" Dalam perjalanan ke kelas.... tak henti-henti R memohon pada Allah.... walaupun R tak tido sepanjang malam tu.... R rasa lega dan gembira cuma dalam kelas hari tu.... R mengantuk....!!!! baru terasa letih....

Petang.... R ngn ibu nak pergi pasar malam.... ibu bg tahu papa.... lusa kita dah nak bersahur, kita dah nak puasa..... Papa angguk je...! Maha Suci Allah.......

Lepas sembahyang Maghrib.... hari pertama papa sakit, ibu sentiasa membaca surah Yasin di samping papa...... hingga la malam hari tu..... Papa tenang dan kadang-kadang papa tak selesa, mungkin papa sakit..... Lagipun sejak petang, papa muntah kehitaman..... habis muntah, R akan suapkan papa air.... sehingga malam yang tidak boleh R lupakan..... R ingat papa tido..... R kejutkan papa..... "pa, papa nak minum...?" malam tu, R yang suapkan minum..... Ibu dan yandi tengok R..... R panggil papa lagi..... Papa senyap je.... R kejutkan papa lagi.... "Pa, buka mata kejap pa... papa dengar tak...?" papa diam.... angguk pun tak.... waktu tu R hairan dan tidak terlintas pun dalam kepala ni soal kematian.... Ibu cuba panggil papa..... waktu tu R dah menagis.... "pa...pa...pa..." Ibu menagis dan cakap.... kenapa pergi cepat sangat...." Ya Allah.... hanya Tuhan je yang tahu perasaan R ..... R cium muka papa puas-puas.... r cium tangan papa.... kaki papa..." menagis..... menagis dan menagis.....!!!!!!!!!! R call Weni di Sabah dan Nendi di Melaka.... Call makcik, pakcik di KL.... sepupu.... semua tak jawab...... R taip msg dalam keadaan tangan menggeletar.....hantar sms pada adik R..."Nendi, weni.... papa kita dah tak ada"...... Tak sampai 2 saat... Nendi call R..... R hanya dengar dia menagis...." kenapa tak bagi tahu papa sakit teruk tadi.....(bercakap dan menangis).... R pun jawab..... "papa ok tadi.... ingatkan papa tido". Keadaan jadi sedih dan terlalu sedih..... Papa akan pergi buat selama-lamaya..... Dalam keadaan sedih..... menangis dan terus menagis.... R terima ketentuan Ilahi.... menangis tetap menagis.... R pun hantar sms pada saudara-mara dan kengkawan.....

Malam tu juga... jiran-jiran datang membacakan surah Yassin bersama-sama.... Jenazah papa akan di kebumikan esok..... (31 Ogos 2008). Weni dari Sabah akan balik (tunggu Weni sebelum mandikan papa itu pesan weni pada R).... Nendi terus bergegas dari Melaka............

R amat bersyukur kepada Ilahi...... semua berjalan lancar..... anak-anak dan menantu-menantu papa dapat jumpa papa buat kali terakhir......

Papa tidak pernah menghalang kehendak anak-anaknya..... malah papa merestui pilihan R dan semua anak-anak papa........!!!!!!!!

Cukuplah ye..... menagis je hari ni..... mengingat peristiwa dan kenangan bersama papa..... Dalam dunia ini.... kita mempunyai hanya seorang ibu dan papa .... tiada pengganti yang terbaik sebaik ibu dan papa.......!!!!!!!!!!!

Ketaatan ibu R.......


Sampai Jumpa lagi.....Daaaaa....!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular